Thursday, August 27, 2009

Semalam Dan Today nyer BErBUKa!!

Masa untuk menulis blog....Tp sebelum tuh..selamat berbuka pose kepada semua.

Lokasi aku sekarang : Old Town Sri Petaling
Makanan yg Di order: Ipoh Chicken Hor Fun
Minuman Pulak : Hazelnut white Coffee (The best coffee in Malaysia!)

Hurm..suppose to be ari nih ktorang buka ramai2.. tapi Bobo and Roro pulak ade graduasi mereka untuk SIMA (Congrats sisters!)... dan joop pulak tak dapat datang kerana jumaat beliau kelas penuh.. MAkanya aku berbuka pose dengan Wan HAfiza atau lebih dikenali sebagai Wan @ Ja Cun!. Owh..nennie berbuka bersame Mea di Mid... Thanks wan teman aku!

Semalam aku, Din, Roro and BoBo berbuka puase di sebuah Restoran Kecik di depan semua house . Nama Restoran tu SELERA MY. Aper yg aku and kawan2 aku makan?

Roti Nan biasa 3 keping
NAn Cheese 1 keping
Ayam Tandori 2 ketul
Keema 1 Mangkuk
Nasi KErriyani (beriyani sebenarnya) Kambing Satu Pinggan
Bawang Tempura 1 pinggan

Dan air2 minuman biase

Tgk mcm tak cukup ...(Din bukan main nak order lagi Nasi Keriyyani tu) ..tp bila makan suma dah macam ular sawa..aku nak kater satu! Semuanya RM 55.30..(agak mahal la..~~)

SELERA MY memang the BOMB!!!!!

Korang should try!

Dan besok dan hari2 seterusnya aku kene berfikir nak makan kat mane?

Any IDea? Yg sederhana HArganya dan sedap!

XoXo
BoBBa, Naked man with brain!

Friday, August 21, 2009

Khas Untuk Farhan!


This blog is dedicated to my dearest friend...


Farhan...


Sometimes, he annoyed me....tp die kawan aku, and aku sayang dia....same macam aku sayang kawan2 aku yg lain... dah lame nor dah aku kawan ngan dia...dari sekolah smpai skang...

Bila pikir2 balik...byk betol dah die berkorban tuk aku.. tak tau ar nape.. maybe sebab dia sayang aku jugak kot~~


Ada satu hari tuh, aku sorang2 dalam rumah and aku dgr mcm ade someone dalam rumah aku... aku ni dah la penakot, trus kuar dari rumah dan duk kat luar umah, aku tanpa berfikir panjang kol sumer kawan2 aku mintak diselamatkan...Farhan dtg menyelamatkan aku walopun die tgh keje... punye laju die bwk untill u know what happen? Die jatuh motor and smpai umah aku dlm keadaan darah2 and dapat tau yg sbenarnyer bunyi2 kat loteng tu adalh seekor KUCING!


hahaah...byk lagi, dia takkan komplem jika kawan2 mintak tolong..cakap ah aper jer...dia TAKKAN komplen and akan brusaha membantu aku dan rakan2...(aan,aku nak latop,heheh)


Aku nak berterus trang kat sini....hahaha..aku tak penah suke makwe ko si Ayu tu, walopun aku tau ko sayang dia.. dah la mengongkong..stiap kali aku ko and paiz nak lepak mesti ader jer prangai die buat yg membuatkan ko kene balik cepat! ...sakit ati btol.... and skang kalo die dah takder dah dlm idup ko..aku and kawan2 yg lain akan tumpang gembira..


Sorry ar kalo aku ader cakap2 belakang pasal2 ko tp aper2 pun ko ttp kawan aku smpi bile2.


Cuma, perangai2 yg annoying tu mintak buang ah jauh2 and smoga ko seljar lebih byk sushi then kiter leh buat parti sushi yg lebih hebat!!!!!



Ok aan...I love u! Faiz Love U, kawan2 aku love u...sume org love u...lebih dr MAkWE ko tu love ko!

(harap2 ayu tak bace blog nih!)


hehehe


Regards,

BoBBa~

Thursday, August 20, 2009

Pertemuan di Stesen Plaza Rakyat

Sepertu yang berada didalam blog dibawah - Cibuit rosak - dan sekarang masih rosak. JAdi kehidupan aku dah tak sama macam dulu. Kini lebih menyeksakan. AKu perlu bgn pagi, mandi(sambil gosok gigi, syampoo, cuci muka dan sabun) lepas tu gosok baju and siapkan beg then baru aku boleh gagah tuk pergi menahan teksi diluar sana untuk ke stesen keretapi berdekatan.(kamu paham2 kan jerla, aku perlu naik tren ke pejabat).

Semasa pulang, selepas membeli tiket bas tuk balik ke Kota Tinggi, aku melangkah masuk ke stesen Plaza Rakyat. Aku naik eskelator and then aku kepala aku ligat mencari kipas di dinding "Ah,kat situ ade kipas" aku bergerak kehujung. Ada dua pilihan, berdiri berdekatan kipas, atau duduk tanpa rasa angin dari kipas. Tanpa disedari, aku telah pun duduk di kerusi. MUngkin beg laptop yg berat mendorong aku ke kerusi itu. Aku duduk,mengeluar kan buku bertajuk SHORT STORIES, PLEASE! dan mula buka untuk membaca.

Aku menjeling kesebelah, ada seorang lelaki 20-an, tabligh, sedang duduk. Aku toleh dan bertanya " Nak pegi masjid Sri petaling ker?" aku jarang begini. Aku jarang start a conversation with strangers. But this is different. Dia menjawab soalan aku dengan hanya mengangguk dan senyum. Memandangkan dia tidak bersuara, aku ingin mula membaca buku kat tangan aku tuh.Tiba-tiba, " NAk ke Sri petaling juga ker?" aku terus menutup buku, duduk tegak dan menjawab " ha'a ,umah dekat situ" dan satu perbualan terus dimulakan

Kawan : Selalu pergi masjid situ?
Aku : Jumaat jer, yg lain aku keje kat luar ( aku menipu,rasa bersalah)

(tren Sampai, dia naik pintu hujung, aku naik pintu sebelahnyer.Aku nampak seat, tp aku nampak dia berdiri dihujung, aku terus bergerak ke arah dia. Tak tau kenapa, ada satu attraction nak berborak dengan dia)

Aku : Penat betul naik tren
Kawan : Hari2 naik tren ker?
Aku : Kereta rosak, tu yang naik tren ( cuba meletakkan unsur2 rendah diri)
KAwan: Owh, saya Zaid
Aku : Izzat
Aku : Buat aper kat masjid?
Zaid : Dah lama dah belajar kat situ, dah 4 tahun
Aku : Umur sekarang berape?
Zaid : 20
(maksudnya 16 tahun dah tak belajar akademik, SPM tak habis)

Aku : SPM tak habis lah nih (terlepas dari mulut aku)
Zaid: (Menggeleng2 sahaja)

Aku diam. Zaid pun Diam. Aku diam berfikir. Tak tau kenapa aku rase dia patut abiskan SPM dulu. AKu trus berfikir......Dan aku teruskan perbualan. Sengaja nak bertanya apa yg terbuku dihati mengenai remaja2 macam mereka. Mereka belajar tahfiz dan kitab yang mengambil masa 8 tahun tuk dihabiskan.....Aku berfikir, begitu kuat azam mereka. Azam atau desakan keluarga?
aku tidak tanya mengenai itu. Takut menyinggung perasaan Zaid.

Dan kami terpisah semasa menunggu teksi. Aku ke OLD TOWN white Coffee..dan dia, aku rasa..ke masjid..mana lagi?

AKu sekarang masih berfikir lagi...

XoXo,
BoBBa!

Tuesday, August 18, 2009

Cerpen Pendek : CIBUIT

Aku ada sebuah kereta, KIA RIO yang aku cintai, cinta kedua lepas kereta Proton Saga aku yg aku lebih cintai dari keter kedua aku...

Nama kereta kia aku tuh, Cibuit.
Dan nama kereta Saga lama aku tuh, Cilos.

Cilos dan Cibuit always give me troubole. If it is just trouble, aku takder masalah...tapi everytime ade trouble...duit bapak gua plus duit aku pun kene kuar... dah byk dah beb...

Kali ni aku sedeh...sebab Cibuit buat masalah yg paling besar...lebih besar dari masalah2 yang pernah dia buat sebelum nih.... aku cerita kat dia yg aku bulan ni aku ader masalah kewangan.PAsal byk bende nak kene byr..... pastu aku nampak dia senyum, senyum secara jahat. Disaat itu aku tau dia akan buat bende yg menyakitkan hati aku....

Sedang aku men-drive dia pada one day, tiba aku rase gear aku telah di-free kan..aku trus pandang ke arah gear " masih dalam "D " ni..tp kenapa begini dan selang beberapa saat kemudian CIbuit meluncur dlam gear "2".. aku tak paham..aku herit! " Cibuit, kenapa ni?!" Tapi Cibuit hanya keta terkekek2... MAknanya, aku perlu ke Hospital yg Khas tuk golongan KIA!

Dan Doktor tu kater gear box problem and gear box tidak murah! Cibuit terus ketawa gembira kerana berjaya menyakitkan hati aku..

Dan, hari ni aku trus ke kerja- menaiki dua keretapi dan satu teksi, Cibuit tinggal dirumah senang hati...

XoXo
BoBBa!

Tuesday, August 4, 2009

.......

Semalam aku lepak umah arip. Aku sampai malam. Time tu kat rumah arip sumer ade. AKu masuk2 jer nampak Nennie,Arip and Kerol tengah tengok citer cabut2 mata kat bilik arip. Pastu aku nampak Bobo and Roro tengah tengok tv and aku pegi dapur tengok Wan tengah masak tuk kitorang....Apa yg aku rase? Macam biasa aku rasa BAHAGIA.

Semua kawan2 baik aku ader kat situ and aku boleh borak2 and ketawa puas2 sampai tido. AKu kalo boleh nak camtu jer hari2...takde stress....and pastu MD pulak balik..borak lagi..tengok citer The HOuse bunny yg ader pompuan BImbo tuh..Klakar giler..lagi kelakar biler tengok ngan kawan2 yg kalakar2 jugak.

Satu lagi, Wan masak sedap giler! KAgum aku... Satu mangkuk ktorang makan sama2 4 orang...sedap2..

Before aku tido... aku tgk muka Nennie atas sofa.... Aku rase aku nak dia jadi kawan aku smpai bile2. Tak kire la dia emo ker, dia bahagia ker, Die mumbling ker... die ttp comel! hahaha...aku ttp sayang dia. Aku tau - dia sayang aku - never lesser!


XoXo
BoBBa

Monday, August 3, 2009

Message Delivered to dotdotdot..

Aku suka dia ni...dari dulu, dari aku gemuk2 dulu pun aku suka budak ni..tapi aku diam2 kan sebab aku gemuk. Orang gemuk hina dipandangan sesetengah orang kan? Jadi aku diam2 kan je yang aku suke budak nih.... Ntah kenapa aku boleh suka aku pun tak tau. Bak kate orang,cinta tu buta. Tapi buta tu la penyeksanya kan?

Aku diam2 kan lagi yg aku suka budak nih sampai aku kurus, ade jugak budak2 lain yg suka kat aku..tp aku pun tak tau kenapa aku suka kat dia jer. Padehal kalo nak diikutkan, takder la banyak sangat aku jumper or cakap ngan dia.

Jeng3x..!!

Aku dah kurus(siket ar!). Tp aku tetap takut nak ckp aku suka kat dia. Aku pun teruskan melihat dia dari jauh sebab dia kawan kepada kawan aku. Pada satu hari, aku amik nombor telepon dia. Aku mesej2 dia. Kadang2 reply, kadang2 tak...aku last2 cakap jer aku suka kat dia, dia tak tau nak kata ape kot, sebab aku tak hensem or atas sebab-sebab lain....

Sampai hari ni aku mesej2 lagi dia bagai orang bodoh walaupun dia tak reply. Tapi takper, aku rase puas bila aku dpt mesej ngan dia, mengetahui yg dia bace mesej aku bila handphone aku tulis "Message Delivered to dotdotdot". Aku akan tunggu dgn penuh perasaan adakah dia akan reply tapi kebanyakannya handphone aku terus tidak bersuara. Aku mesej " Good Morning" ,"Selamat Petang" , " Gud nite"....tapi aku rase tak pe dia tak reply...Dah memang dia takkan suka kat aku kot...

Jadi aku tak tau sampai bila aku akan jadi macam ni. Mungkin lama lagi siket kot. Lepas ni aku nak semuanya habis.kosong. Semuanya.....

BERHENTI

Aku nak BERHENTI dari jadi BODOH.


XoXo
BoBBa