Sepertu yang berada didalam blog dibawah - Cibuit rosak - dan sekarang masih rosak. JAdi kehidupan aku dah tak sama macam dulu. Kini lebih menyeksakan. AKu perlu bgn pagi, mandi(sambil gosok gigi, syampoo, cuci muka dan sabun) lepas tu gosok baju and siapkan beg then baru aku boleh gagah tuk pergi menahan teksi diluar sana untuk ke stesen keretapi berdekatan.(kamu paham2 kan jerla, aku perlu naik tren ke pejabat).
Semasa pulang, selepas membeli tiket bas tuk balik ke Kota Tinggi, aku melangkah masuk ke stesen Plaza Rakyat. Aku naik eskelator and then aku kepala aku ligat mencari kipas di dinding "Ah,kat situ ade kipas" aku bergerak kehujung. Ada dua pilihan, berdiri berdekatan kipas, atau duduk tanpa rasa angin dari kipas. Tanpa disedari, aku telah pun duduk di kerusi. MUngkin beg laptop yg berat mendorong aku ke kerusi itu. Aku duduk,mengeluar kan buku bertajuk SHORT STORIES, PLEASE! dan mula buka untuk membaca.
Aku menjeling kesebelah, ada seorang lelaki 20-an, tabligh, sedang duduk. Aku toleh dan bertanya " Nak pegi masjid Sri petaling ker?" aku jarang begini. Aku jarang start a conversation with strangers. But this is different. Dia menjawab soalan aku dengan hanya mengangguk dan senyum. Memandangkan dia tidak bersuara, aku ingin mula membaca buku kat tangan aku tuh.Tiba-tiba, " NAk ke Sri petaling juga ker?" aku terus menutup buku, duduk tegak dan menjawab " ha'a ,umah dekat situ" dan satu perbualan terus dimulakan
Kawan : Selalu pergi masjid situ?
Aku : Jumaat jer, yg lain aku keje kat luar ( aku menipu,rasa bersalah)
(tren Sampai, dia naik pintu hujung, aku naik pintu sebelahnyer.Aku nampak seat, tp aku nampak dia berdiri dihujung, aku terus bergerak ke arah dia. Tak tau kenapa, ada satu attraction nak berborak dengan dia)
Aku : Penat betul naik tren
Kawan : Hari2 naik tren ker?
Aku : Kereta rosak, tu yang naik tren ( cuba meletakkan unsur2 rendah diri)
KAwan: Owh, saya Zaid
Aku : Izzat
Aku : Buat aper kat masjid?
Zaid : Dah lama dah belajar kat situ, dah 4 tahun
Aku : Umur sekarang berape?
Zaid : 20
(maksudnya 16 tahun dah tak belajar akademik, SPM tak habis)
Aku : SPM tak habis lah nih (terlepas dari mulut aku)
Zaid: (Menggeleng2 sahaja)
Aku diam. Zaid pun Diam. Aku diam berfikir. Tak tau kenapa aku rase dia patut abiskan SPM dulu. AKu trus berfikir......Dan aku teruskan perbualan. Sengaja nak bertanya apa yg terbuku dihati mengenai remaja2 macam mereka. Mereka belajar tahfiz dan kitab yang mengambil masa 8 tahun tuk dihabiskan.....Aku berfikir, begitu kuat azam mereka. Azam atau desakan keluarga?
aku tidak tanya mengenai itu. Takut menyinggung perasaan Zaid.
Dan kami terpisah semasa menunggu teksi. Aku ke OLD TOWN white Coffee..dan dia, aku rasa..ke masjid..mana lagi?
AKu sekarang masih berfikir lagi...
XoXo,
BoBBa!
1 comment:
Apakah yang ko Pk??
Menarik pengalam ko, aku dpt bygkan =)
Post a Comment